Halaman

Khamis, 9 Oktober 2014

Sandwich daging burger

Selalu nampak sandwich kat negara omputih menyelerakan belaka berbanding dengan sandwich kita yang ringkas dan adakalanya berisi tuna atau telur hancur diletakkan bagai semeter jarak-jaraknya. Boleh je letak banyak-banyak, bila orang beli mereka puas hati dan akan beli lagi..dan lagi. Ini akan menjana ekonomi keluarga dan juga seterusnya negara.

STOP

...ok kita sambung hal sandwich tadi. Oleh kerana diri ni sentiasa rajin didapur *siapa suka makan kena pandai-pandai lah masak* dengan apa yang ada dalam peti ais saya hasilkan sandwich ni.



Mari saya tunjukkan caranya,

2 keping Roti
2 keping cedar cheese
1 keping daging burger
Daun salad
Serbuk lada hitam(jika suka)
Jika nak tambah mayonis pun boleh...ikut selera masing-masing.

Caranya:
- Begini susunannya, sekeping roti, letak sekeping cheese,daging burger yang telah digoreng dan sekeping lagi cheese.
- Masukkan dalam microwave 15saat untuk cairkan sedikit cheese.
- Keluarkan,taburkan serbuk lada hitam, letak salad dan tutup dengan sekeping roti.
- Potong dua (taknak potong pun boleh je)









Rabu, 8 Oktober 2014

Brownies coklat

Salam sayang...

Jika di tanya pada setiap orang...
''Adakah anda sukakan coklat?''

Pasti jawapan YA. 

Coklat merupakan kegemaran sesiapa sahaja tidak mengira peringkat umur dan jantina. Saya sendiri apabila rasa sedikit tertekan akan berasa relak bila menikmati coklat. Saya gemarkan Dark Coklat,ia tak terlalu manis.

Minggu lalu kawan yang dikenali sejak lahir membuatkan saya tergamam seketika..terdiam..seolah-olah tidak percaya...

DIA TAK MAKAN COKLAT...TAK BOLEH MAKAN COKLAT!

Huh? Kenapa?

Dari penjelasannya, coklat akan buatkan dia loya,muntah dan boleh demam! Baunya saje buat dia pening. Subhanallah...kesian kawan saya tu kan..

Berbalik pada coklat yang saya sangat gemari,..saya telah buat Brownies yang penuh coklat.. kaya dengan coklat. Makan satu potong pun dah puas....yeke???



Baiklah saya kongsikan resepi Brownies Coklat disini ya,

Bahan:
250gm coklat masakkan
250gm butter
250gm gula custor
100gm serbuk coklat
90gm tepung serba guna
4biji telor
50gm badam cincang


Caranya:
Campurkan coklat masakan dan butter,cairkan dalam microwave.

( A )
Satukan dalam bekas yang lain, tepung, gula,serbuk coklat,badam cincang. 

( B )
Pukul telor dan masukkan kedalam adunan A tadi. Campurkan Coklat masakkan dan gaul sebati.

Akhir sekali tuang kedalam loyang 9inci yang telah di gris. Bakar pada suhu 180'C selama 20-25 minit.





Selamat mencuba \(^_^)/











Savoury Cake ku

Holla....

Bila berjalan dua tiga meter kaki dah rasa sengal, nak bangun dari tempat duduk pun rasa berat, buka almari,berderat-deret baju tergantung tapi....hanya beberapa helai boleh disarung...itu tandanya apa ya?

''something wrong lah tu..'' sahut encik suami dari belakang dengan muka selamba menyarung stoking.

Mula lah gelabah, mula lah nak diet dan mula lah planning masak masakkan yang menyihatkan...kononnya lah kan...

Mungkin tiap tahun timbul kesedaran macam ni. Sehari dua...seminggu lepas tu... kemana entah azam tu hilang.

...ok whatever lah kan yang penting tuhan bagi juga kesedaran walau berkali-kali (^,^)/

 Dalam berderet menu kesihatan terpampang di dalam cik google hati sudah terpaut pada Savoury cake (nama pun kek...betul ke menu sihat ni...hihi)



Saya kongsikan resepinya disini:

160gm tepung naik sendiri
3biji telor
100ml minyak jagung
120ml susu segar atau susu sejat
100gm ceddar cheese
30gm campuran kekacang (saya guna sunflower seed shj)
100gm brokoli
50gm parutan lobak
Secubit garam dan lada putih secukup rasa

Caranya;

1. Campurkan tepung, telor, minyak,susu, cheese, garam, lada putih dan gaul kesemuanya.
2. Masukkan brokoli dan lobak.
3. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di gris.
4. Bakar 45 minit pada suhu 180'c.




Anda akan dapati tekstur luarnya sedikit keras rangup berbeza pula didalamnya lembut tambahan ada cheese yang akan cair jika dipotong waktu panas-panas...nyumm!

Anak-anak saya kurang suka Savoury cake ni, maklum lah kan...nama je kek tapi rasanya jauh beza dengan kek yang sebenar. Saya pun tak pasti kenapa dinamakan 'kek'....mungkin rupa bentuknya saje seakan kek.


 Lain hari saya nak tambahkan baby tomato dalam adunan Savoury cake ni....nak parut lobak banyak-banyak.

Selamat mencuba  \(^_^)/











Jumaat, 19 September 2014

Pembuat kek yang....

Sudah 7 bulan berpindah ke tempat baru,suasana baru...semuanya baru. Kiri kanan serba baru. Masih mencari kenalan baru.

Dagang Pak Malau dagang merempat...ehhh...saya tak merempat...huhu

Ya, itu lah saya..pembuat kek yang berpindah maka segalanya perlu bermula dari zero. Walau sudah berpindah 7 bulan baru sebulan memulakan bisnes kek sebab banyak yang perlu di setting. Alhamdulillah...Allah sebaik-baik perancang,kini sudah mula dapat beberapa tempahan dari perkongsian di:
Intagram Pinkovens dan page FB http://www.facebook.com/Cookies729

Rainbow kek ni tempahan dari Cik Misha yang sangat cute orangnya. Cik Misha berniaga pakaian di Galaxy Ampang. 




Minta halalkan segala kekurangan...

Apa tu...apa ni...?

Pagi tadi saya ke group Kelab Blogger Ben Ashaari dan mula blogwalking para blogger yang ada. 
Wahh...apa tu..apa ni? 
Terlalu banyak perubahan sejak 2 tahun saya meninggalkan blog lama saya. Disebabkan beberapa sebab...(berapa banyak sebab daa..) yang malas nak diceritakan disini maka terkuburlah blog lama saya tu.

Rupanya sudah tiada ruangan CHAT ya....kebanyakkan yang ada menggunakan TWITTER. Saya tak ada Twitter....huhu..

Tak apa lah, niat asal nak berblog ni sebab nak meluah dengan cara menulis. Nak terbitkan 1 buku tak ler pandai sebab hanya pandai menulis kontot-kontot macam ni je.

Tak boleh tunggu lama ni, mulai sekarang mesti belajar dan hadam betul-betul dunia blog sambil.....buat kek..yippii!!

Selasa, 16 September 2014

Menjaga jiwa-jiwa

Bismillahirahmanirahim..

Dalam renungan petang, terasa damai melihat rintik-rintik air menitis selepas hujan. Saat hati telah terbang entah kemana, seperti ada satu cetusan dan minda mula bergerak perlahan..

''Jika syaitan yang Allah murka itu pun ada sifat 'sabar' dalam menjalankan kerjanya untuk memesongkan manusia jadi, mengapa aku yang lebih mulia daripada syaitan tidak boleh beri kesabaran 100 kali ganda lebih darinya''

Syaitan sentiasa mencipta suasana tidak menyenangkan. Syaitan berusaha keras mengusik jiwa-jiwa manusia yang sedang berubah kearah kebaikkan. Ia sangat rajin dalam hal memecah belahkan. 

Pabila hati yang disentuh kurang jitu imannya.
Kemenangan akan berada dipihaknya maka melonjak kegembiraan lah ia.

Allahuakbar, jauhkan lah syaitan laknat itu semua dariku.

Teringat satu petikan,
'Tiada yang senang di dunia ini kerana syurga adalah tempat kita berehat'

Isnin, 15 September 2014

Saya suka!

Bismillahirahmanirahim...


Menulis dan kek adalahdua  perkara yang saya suka. 
Tidak lah hebat dalam penulisan tapi yang penting saya suka menulis. Maka wujudlah blog Pinksovens ni.

Ni baru permulaan, masih tercari-cari bahan penulisan.... :) 

Jom layan Red Velvet!