Halaman

Jumaat, 19 September 2014

Pembuat kek yang....

Sudah 7 bulan berpindah ke tempat baru,suasana baru...semuanya baru. Kiri kanan serba baru. Masih mencari kenalan baru.

Dagang Pak Malau dagang merempat...ehhh...saya tak merempat...huhu

Ya, itu lah saya..pembuat kek yang berpindah maka segalanya perlu bermula dari zero. Walau sudah berpindah 7 bulan baru sebulan memulakan bisnes kek sebab banyak yang perlu di setting. Alhamdulillah...Allah sebaik-baik perancang,kini sudah mula dapat beberapa tempahan dari perkongsian di:
Intagram Pinkovens dan page FB http://www.facebook.com/Cookies729

Rainbow kek ni tempahan dari Cik Misha yang sangat cute orangnya. Cik Misha berniaga pakaian di Galaxy Ampang. 




Minta halalkan segala kekurangan...

Apa tu...apa ni...?

Pagi tadi saya ke group Kelab Blogger Ben Ashaari dan mula blogwalking para blogger yang ada. 
Wahh...apa tu..apa ni? 
Terlalu banyak perubahan sejak 2 tahun saya meninggalkan blog lama saya. Disebabkan beberapa sebab...(berapa banyak sebab daa..) yang malas nak diceritakan disini maka terkuburlah blog lama saya tu.

Rupanya sudah tiada ruangan CHAT ya....kebanyakkan yang ada menggunakan TWITTER. Saya tak ada Twitter....huhu..

Tak apa lah, niat asal nak berblog ni sebab nak meluah dengan cara menulis. Nak terbitkan 1 buku tak ler pandai sebab hanya pandai menulis kontot-kontot macam ni je.

Tak boleh tunggu lama ni, mulai sekarang mesti belajar dan hadam betul-betul dunia blog sambil.....buat kek..yippii!!

Selasa, 16 September 2014

Menjaga jiwa-jiwa

Bismillahirahmanirahim..

Dalam renungan petang, terasa damai melihat rintik-rintik air menitis selepas hujan. Saat hati telah terbang entah kemana, seperti ada satu cetusan dan minda mula bergerak perlahan..

''Jika syaitan yang Allah murka itu pun ada sifat 'sabar' dalam menjalankan kerjanya untuk memesongkan manusia jadi, mengapa aku yang lebih mulia daripada syaitan tidak boleh beri kesabaran 100 kali ganda lebih darinya''

Syaitan sentiasa mencipta suasana tidak menyenangkan. Syaitan berusaha keras mengusik jiwa-jiwa manusia yang sedang berubah kearah kebaikkan. Ia sangat rajin dalam hal memecah belahkan. 

Pabila hati yang disentuh kurang jitu imannya.
Kemenangan akan berada dipihaknya maka melonjak kegembiraan lah ia.

Allahuakbar, jauhkan lah syaitan laknat itu semua dariku.

Teringat satu petikan,
'Tiada yang senang di dunia ini kerana syurga adalah tempat kita berehat'

Isnin, 15 September 2014

Saya suka!

Bismillahirahmanirahim...


Menulis dan kek adalahdua  perkara yang saya suka. 
Tidak lah hebat dalam penulisan tapi yang penting saya suka menulis. Maka wujudlah blog Pinksovens ni.

Ni baru permulaan, masih tercari-cari bahan penulisan.... :) 

Jom layan Red Velvet!







Permulaannya

Bismillahirahmanirahim..

Kek pertama yang saya hasilkan adalah kek coklat iaitu 7 atau 8 tahun yang lalu. Berbangga sangat pada waktu tu kerana perasaan hebat dapat hasilkan kek coklat bersama limpahan coklat cair diatasnya. Perasan diri dah seperti Chef...
Terima kasih kepada makcik yang paling sporting, Cik Norita kerana sudi berkongsi resepinya.

Tahun berganti tahun tidak pula saya mahu meningkatkan lagi ilmu kek namum adik saya Ruzila telah pun menghabiskan setiap minggu dengan beberapa kursus yang akhirnya dikongsikan kepada saya. Ilmu yang ada, ilmu yang Allah beri maka saya berani untuk mengambil tempahan.





Ini sebahagian tempahan yang lalu...

ok, Selamat malam