Halaman

Ahad, 31 Ogos 2014

Memahami Jiwa-Jiwa Merdeka

Assalamualaikum,

Hari ini negara menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-57,angka itu sama dengan tahun Kemerdekaan kita iaitu pada tahun 1957. Beza benar sambutan kali ini, disaat ini negara dan kita semua masih diselubungi kesedihan diatas situasi yang kita tak akan lupakan. 

Antara kita ada yang kehilangan suami tersayang, isteri tercinta, anak, sahabat baik, teman sepengajian, jiran yang pemurah hati..oh sukar nak gambarkan perasaan ini ketika melihat siaran langsung saat jenazah diusung keluar. 
Saya percaya..perasaan sebak telah menyelinap keseluruh nadi kita. MH17..MH370...tetap dihati.

Mata saya tertarik dengan iklan TM ketika saya sedang menyuap roti goreng salut telor pagi tadi, memaparkan kisah pendek seorang wanita berusia disebalik kemerdekaan. Saya pasti ramai yang tidak mengetahui kisah ini. 
Beliau adalah Datuk Siti Rahmah Kassim dari Pahang, telah membuat reaksi spontan menyerah gelang perkahwinan kepada Tunku Abdul Rahman bagi membiayai perjalanan Tunku ke London dalam proses perundingan kemerdekaan tanah air. 
Saya terkedu sesaat...memikirkan betapa sungguh tulus murni hatinya. Entah boleh kah saya bertindak sepertinya jika saya berada di 'situ' ketika itu. 




Iklan TM di beberapa akhbar hari ini
Selepas makan tengahari, suami membawa saya menyelusuri kehidupan perit memperjuangkan tanah tumpah darah dari dijajah. Menonton filem seorang 
Pahlawan Nasional Indonesia iaitu Cut Nyak Dien pahlawan tersohor dan juga Serikandi bagi rakyat Acheh. 
Mengenalinya sebelum ini melalui sebuah buku usang pemberian suami. Saya telah mengambil masa yang agak lama untuk buku yang senipis itu di hadamkan, dalam senyap ia meresapi ke hati hingga ke hari ini. 
Sekali lagi, saya memahami jiwa beliau yang tidak pernah gentar melawan musuh. Beliau digambarkan seorang wanita lembut punya kesabaran yang tinggi,lidahnya sentiasa dibasahi kalimah suci..berzikir. Kata-katanya berupa semangat,sering mengingatkan pengikutnya hanya takut akan Allah. 
Buku lama yang kelihatan tiada tarikan menyimpan seribu jiwa



Jiwa dan semangat perjuangan dari bapa serta suaminya, Tenku Umar mengalir ke segenap dirinya menjadikan wanita ini di hormati sebagai pemimpin.

Kekuatan dalaman Cut Nyak Dien tidak pernah luntur malah mendokong sepasukan tentera,mengatur strategi,membuat serangan demi serangan keatas tentera Belanda, walhal beliau hanya seorang wanita tua. 

Beliau menghabiskan usianya didalam hutan dan sering berpindah randah kerana kerap diserang hendap oleh Belanda. Tentera Belanda akhirnya terkejut, nama yang sering digeruni itu hanyalah seorang wanita yang sangat lemah,daif susuk tubuhnya malah telah buta akibat penyakit.
Jiwa beliau begitu kuat...terbang membawa semangat yang meresapi hati pengikutnya.

Anak gadis beliau, Cut Gambang meneruskan perjuangan selepas Cut Nyak Dien ditawan oleh Belanda dan dibuang kedaerah Semadang, Pulau Jawa. Akhirnya pada tahun 1910 Cut Gambang terkorban dimedan tempur bersama suaminya,Tenku Mayet Ditiro.





Hingga saat ini, jam 10.39 malam saya masih mengingati susuk tubuh wanita waja itu, sepertinya saya sedang berada disisnya.




Disebalik kelembutan, wanita terdahulu berani berjuang dan bekorban demi kemerdekaan tanah air, mengapa tidak kita?





Selamat malam









Tiada ulasan:

Catat Ulasan