Halaman

Isnin, 1 September 2014

Kelainan

Dalam deretan kedai makan di sebuah pusat beli belah, saya tertarik dengan sebuah kedai yang begitu ringkas susun aturnya. Tidak lah terlalu 'gah' namun ada unsur 'welcome' yang membuat saya selesa melangkah kaki masuk dan suami memilih meja di paling sudut. Encik suami mahu makan dalam suasana santai sambil membaca.



O'penang...
nama kedai sudah pun melambangkan menu yang akan dihidangkan. Suami memilih Char Kuew Tiew goreng penang, saya pula konon-kononnya mahu kelainan memilih masakan paling pelik dalam menu. Oh..lupa pula nama mee sup yang saya pesan tu.
Char Kuew Tiew suami kelihatan sangat menarik, berisi udang segar, kerang besar segar dan juga taugeh. Baunya harum semerbak. 
Semangkuk Mee Sup pesanan saya nampaknya begitu suram warnanya. Hiasan ikan bilis goreng, pucuk manis, cendawan hitam. Mee nya pula kelihatan leper berwarna putih dan besar,sekeping-sekeping. Kuah sup agak sedap namun saya kurang gemar akan rasa mee tu. 

Akhirnya...Char Kuew Tiew Suami juga yang saya sambar.

Psssstt....jika mahu kelainan, pastikan cuba habiskan makanan yang di pesan supaya tidak berlaku pembaziran. Membazir tu kan kawan syaitan. Ingatan ni untuk diri saya juga...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan